Pages

Sembang Kosong

~ SELOKA JENAKA ~


 Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang
 menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina
 yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya
 kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A  tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala…releks le,aku ni kan anjing laut....”



 Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang
 dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di
 tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit
 keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi
 merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”
 Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu...APUUSSS!!!


Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang
 kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi
 alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma,
 juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak
 ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”
 “Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya
 terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”


Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam..
 dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jd,bapanya membanding2kan anaknya
 dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai...
 bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report
 card dia tak de pun merah2. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas
 betull..”
 kerana kesal dibanding2 si anak menjawab: “yelaaaa bapa... anak jiran
 sebelah kan bapanya cerdik…..” bapa : ??

2 comments: